loading...

TERBONGKAR! Kronologi Lengkap M.Vasanthapiriya Yang Mati Selepas Membunuh Diri Kerana Dituduh Curi Iphone 6 Milik Gurunya

Pelajar tingkatan 3 yang koma selepas mengantung diri dengan selendang akhirnya disahkan meninggal dunia selepas bertarung nyawa selama 7 hari.
Dan berikut adalah kronologi kejadian mengapa pelajar itu bertindak membunuh dirinya dan apa yang mendorongnya mengambil jalan itu;
1. M.Vasanthapiriya ialah seorang pelajar perempuan yang berusia 15 tahun dan berada di tingkatan 3 di sekolah SMK Metodist Nibong Tebal.
2. Pada 24 Januari lepas, M.Vasanthapiriya telah dituduh mencuri telefon Iphone milik cikgunya.
3. Berita Daily melaporkan, “pelajar itu telah dibawa ke sebuah bilik dan dipaksa untuk mengaku telah mencuri sebuah telefon bimbit berjenama Iphone 6 milik cikgunya”.
4. “Pelajar itu juga telah dikurung dalam sebuah bilik selama beberapa jam dan tidak dibenarkan keluar rehat (makan),” lapor Berita Daily lagi. Sementara itu Free Malaysia Today pula melaporkan, “Seorang guru yang berusia dalam lingkungan 40 an telah menuduh pelajar itu mencuri telefonnya. Pelajar itu berulangkali menafikan. Kemudiannya seorang guru lain bertindak memukul belakang badan pelajar itu dihadapan rakan-rakan sekolahnya yang lain.
Pelajar itu juga telah dikurung hampir 5 jam tanpa sebarang makanan dan kebenaran untuk menggunakan tandas,” lapor portal itu.
5. “Selepas gagal menunjukkan bukti pelajar itu mencuri dan tidak menjumpai bahan bukti di badan pelajar tersebut, cikgu itu kemudiannya dilaporkan telah memalukan pelajar di hadapan rakan-rakan sekolahnya yang lain”, kata Berita Daily. Free Malaysia Today pula melaporkan, “Suami kepada guru tersebut hadir ke sekolah pada jam 6.45 petang dan pasangan itu mahu membawa (ugut) pelajar tersebut ke balai polis jika masih enggan mengaku telah mencuri telefon”.
6. Kemudian, cikgu berkenaan bersama suaminya yang juga seorang cikgu telah menghantar pelajar tersebut pulang ke rumah ibu bapanya. Turut dilaporkan Berita Daily,tuduhan yang sama dilemparkan oleh cikgu tersebut dihadapan keluarga pelajar itu. Free Malaysia Today pula melaporkan, “sejurus tiba dirumah, remaja itu berlari masuk ke biliknya”.
7. Cikgu itu dan keluarga M.Vasanthapiriya kemudiannya keluar untuk berunding dan berbincang.
8. Selepas itu, keluarga M.Vasanthapiriya pulang ke rumah (pada waktu malam) dan menghampiri bilik anaknya. Beberapa kali pintu diketuk, dan nama anak dipanggil tetapi tidak disahut. Bimbang dengan keadaan yang mencurigakan itu, bapa kepada M.Vasanthapiriya kemudiannya bertindak memecahkan pintu bilik dan mendapati anaknya sedang tergantung (membunuh diri), lapor The Star. Free Malaysia Today melaporkan Muniandy Ratnam, 54 bapa kepada pelajar tersebut tiba dirumah jam 8.20 malam.
9. Ketika diselamatkan, pelajar itu masih lagi bernyawa dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Share:

0 comments